Al - Fatihah.

Lilypie Angel and Memorial tickers

✿ Allah The Greatest ✿

Always Together Through Thick and Thin

Daisypath Anniversary tickers

My Journey On This World

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 14, 2011

TOLONG SAMPAIKAN PADA SI DIA

Gubahan Jiwaku (mardheesya)

Tolong beritahu si dia,ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia,cinta agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa

Tolong nasihati si dia,jangan menyintaiku lebih dari Yang Maha Esa
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia,jangan mendoakanku lebih dari ibubapanya

Tolong katakan pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakan pada si dia,dahulukan ibubapanya kerana itulah kunci syurga

Tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerna imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia,aku cintakan zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia,aku kasihinya kerana santunnya

Tolong tegur si dia,bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia,bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong sedarkan si dia,aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia,aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar terhadap keluarganya

Tolong sabarkan si dia,usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana
Tolong sabarkan si dia.diri ini enggan dirapati kerna menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia,bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya,aku tak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya,aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia,aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia,aku mahu dia berjaya dalam hidupnya
Tolong khabarkan pada si dia,jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia,aku mendambakan cinta suci yang tejaga
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerna Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia,kerna aku tidak mampu memberitahunya sendiri

Hanya engkau Ya Allah,mengetahui siapa si dia
Moga pesananku sampai padanya,walaupun aku tidak mengetahui siapa dan dimana si dia
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
Memasuki taman larangan dengan sopan santunnya
Dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya
Simpanlah pesananku ini,sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete